Monday 29 July 2013

Sistem Tulisan Awal China


  • Rekahan-rekahan pada tulang menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.


  • Ideogram:Berbentuk simbol


Agama dan kepercayaan


  • Animisme dan politeisme
Animisme
  • Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang

  • Mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-Ti) ,tuhan bumi (Tu),sungai ,bukit dan gunung.
 Lukisan Shang-Ti
Lukisan Shang-Ti

  • Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban.Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh.

  • Juga menjumpai tulang binatang dan kulit kura-kura.
Tulang Oracle

  • Tulang oracle: meramal sesuatu keadaan
  • Penilikan tulang oracle membawa kepada sistem tulisan awal di China

Dinasti Chou

  • Raja-raja membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
  • Raja-raja mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia & memberikan hadiah kepada mereka.
  • Mereka diminta melindungi raja & memberikan bantuan tentera pada masa perang.
  • Pembesar tempatan diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

Sunday 28 July 2013

Dinasti Shang

  • Dalam organisasi sosial masyarakat Shang, golongan raja dan pembesar mendudukilapisan paling atasyang diterajui oleh raja.
  • Golongan petani menduduki lapisan bawahan, mereka mendiami kawasan di luar bandar.
  • Hamba menduduki golongan paling bawah dalam masyarakat Shang.
  • Sistem organisasi social membawa kepada pengkhususan pekerjaan.
  • Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.
  • 2 kumpulan tentera, iaitu tentera menggunakan kereta kuda & tentera berjalan kaki.
  • Golongan artisan telah merka cipta pelbagai barangan tembaga.
  • Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan korban dalam upacara penyembahan.
  • Sistem pemerintahan berbentuk pemerintah beraja.
  • Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
  • Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
  • Percaya bahawa kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
  • Raja dibantu oleh golongan bangsawan & pegawai kerajaan dalam urusan pentadbiran.
  • Pemerintah Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan bagi wilayah di luar pusat pentadbiran.
  • Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho


  • Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti  Anyang yang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.

  • Terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran.
  • Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama tinggal di kawasan bandar.
  • Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh.
  • Anyang dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh petani.

Lokasi


  • Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kening.


  • Hwang Ho merupakan sungai ke-2 terpanjang di China (5464 km).
Sungai Hwang Ho


  • Terletak di bahagian utara negara China.


  • Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke teluk Bo Hai di sebelah timur.


  • Ciri-ciri fizikalnya yang bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.