Sunday 28 July 2013

Dinasti Shang

  • Dalam organisasi sosial masyarakat Shang, golongan raja dan pembesar mendudukilapisan paling atasyang diterajui oleh raja.
  • Golongan petani menduduki lapisan bawahan, mereka mendiami kawasan di luar bandar.
  • Hamba menduduki golongan paling bawah dalam masyarakat Shang.
  • Sistem organisasi social membawa kepada pengkhususan pekerjaan.
  • Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.
  • 2 kumpulan tentera, iaitu tentera menggunakan kereta kuda & tentera berjalan kaki.
  • Golongan artisan telah merka cipta pelbagai barangan tembaga.
  • Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan korban dalam upacara penyembahan.
  • Sistem pemerintahan berbentuk pemerintah beraja.
  • Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
  • Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
  • Percaya bahawa kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
  • Raja dibantu oleh golongan bangsawan & pegawai kerajaan dalam urusan pentadbiran.
  • Pemerintah Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan bagi wilayah di luar pusat pentadbiran.
  • Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

No comments:

Post a Comment