Thursday, 1 August 2013

Soalan(Tamadun Hwang Ho)

1.Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho? 

2.Senaraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang.

3.Apakah tugas golongan hamba dalam tamadun Hwang Ho ? 

4.Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho?

5.Apakah sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang 

pertanian kepada peradaban manusia?





Jawapan 

1.Di lembah Hwang Ho (Sungai Kuning) yang subur.

2. Golongan raja, golongan pembesar, golongan petani.artisan dan 

golongan hamba.

3. tentera paksaan, menjalankan tugas buruh dan untuk tujuan 

korban dalam upacara penyembahan 

4. Untuk menentukan musim menanam dan musim menuai, 

menjalankan aktiviti harian/upacara perkahwinan/ 

pemburuan/pengkebumian. 

5. Pembinaan sistem pengairan/terusan, kemajuan dalam teknologi 

pembajakan, penciptaan cangkul/sabit,penggunaan batas, mencipta 

alat pertanian berasaskan besi.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

  • Sistem pemerintahan 
  • Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. 
  • Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
  • Gelaran raja ditukar kepada maharaja. 
  • Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20. 

  • Aspek ekonomi  
  • Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. 
  • Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. 
  • Terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. 
  • Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
  • Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. 
  • Pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
  • Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. 
  • Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi. 

  • Sistem Tulisan 
  • Salah satu sumbangan penting tamadun ini ialah sistem tulisannya. 
  • Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini. 
  • Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
  • Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China.
  • Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun. 

  • Agama dan Kepercayaan
  • Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang. 
  • Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa.
  • Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan. 
  • Konsep Yin ,Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.



  • Sistem Kalendar 
  • Sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.  
  • Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. 
  • Amalan menggunakan kalendar  diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian. 

  • Falsafah Perang 
  • pengamalan falsafah perang Sun Tzu, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.  

  • Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan. 

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho


  • Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini. 
  • Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho. 
  • Mereka bertani, menternak dan berburu. 
  • Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan. 
  • Ketika disnati Shang – berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.
  • Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.

Kerangka Masa Tamadun Hwang Ho


  • Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).

Peking Men 

  •  Kemudian zaman Neolitik – bertani dan menternak.

Zaman Neolitik 

  •   Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan). 
  • Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.

Pakaian Dinasti Shang
Maharaja Wen Dinasti Shang
TuneList - Make your site Live