Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno.
Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
Aspek ekonomi
Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan.
Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian.
Terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
Pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
Petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.
Sistem Tulisan
Salah satu sumbangan penting tamadun ini ialah sistem tulisannya.
Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China.
Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
Agama dan Kepercayaan
Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa.
Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan.
Konsep Yin ,Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
Sistem Kalendar
Sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.
Falsafah Perang
pengamalan falsafah perang Sun Tzu, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.
No comments:
Post a Comment